COVID-19: Aktiviti di surau dan masjid ditangguh sehingga 14 April ini
KUCHING:Semua aktiviti di masjid dan surau di seluruh Sarawak ditangguh sehingga 14 April ini berikutan penularan wabak COVID-19 pada masa sekarang.
Majlis Islam Sarawak (MAIS) atas nasihat Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Saravak dan keputusan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh penangguhan
sementara semua aktiviti masjid dan surau.
Setiausaha Majlis Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim berkata,penangguhan sementara itu termasuk semua premis yang dibenarkan solat jumaat sebelum ini dan solat berjamaah serta semua arahan yang dikeluarkan terdahulu sehingga 14 April 2020.
Jelasnya,ini berikutan daripada kenyataan rasmi Perdena Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau turut mendoakan agar seluruh rakyat di negara ini bebas daripada wabak COVID-19.