Ingkar arahan PKP, hampir 400 ditahan dalam tempoh 48 jam




PUTRAJAYA, 28 Mac -- Hampir 400 tangkapan dilakukan dalam tempoh 48 jam kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata hasil pengawasan yang dilakukan oleh pihak keselamatan mendapati masih ada orang ramai keluar melakukan senaman dan menunaikan solat Jumaat walaupun arahan supaya mereka kekal di rumah berulang kali dikeluarkan.

“Semalam ada kes masyarakat kita termasuk yang dalam ‘gated community’, ingkar dengan berjoging beramai-ramai.

“Mereka diambil tindakan…perintah PKP menyeluruh kepada semua rakyat,” kata Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan pada sidang media di sini, hari ini.
-- Bernama
LihatTutupKomentar

1 Komentar

  • Unknown March 29, 2020 at 1:32 AM
    Kalau masuk negeri kena denda ker?? Sbb notis berhenti kerja sebulan dh hbis..
    Saya nak balik rumah ke negeri selangor. Saya lerja d johor..
    Harap ada maklumat atau iformasi hal ini..
Cancel