Diskaun cukai tanah 30 peratus


KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei mengumumkan diskaun 30 peratus Cukai Tanah dan penangguhan pembayaran ansuran Premium Tanah ekoran penularan wabak Covid-19.

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam kenyataan berkata, ia dilaksanakan susulan daripada pengumuman Kerajaan Sarawak tentang diskaun tersebut.

"Jika cukai tanah ialah RM1,000 pada tahun semasa, pemilik tanah cuma perlu membayar sebanyak RM700 sahaja selepas pemberian diskaun.

"Sekiranya tempoh bagi pembayaran cukai tanah tahun 2020 matang dalam tempoh PKP, maka denda atau surcaj disebabkan kegagalan pemilik membayar cukai tanah sebelum tempoh tersebut akan dikecualikan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi penangguhan pembayaran ansuran premium tanah tahun 2020 ditangguhkan ke tahun 2021. 

Menurutnya, ia bermakna pemilik tanah hanya perlu membayar ansuran premium tanah 
tersebut pada tahun 2021.

"Sebagai contoh, sekiranya surat hak milik tanah yang dikeluarkan pada tahun 2019 mempunyai ansuran premium seperti ansuran pertama tahun 2019, 2020, 2021, 2022 dan 2023.

"Ansuran kedua tahun 2020 hanya perlu dibayar pada tahun 2021 dan ansuran tahun-tahun berikutnya juga akan dianjak setahun ke belakang," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel