Lapan kes positif di Kuching

KUCHING: Sarawak merekodkan lapan kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes keseluruhan 118 kes setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kesemua kes baharu dirawat di Hospital Umum Sarawak.

"Daripada lapan kes positif tersebut, lima mangsa adalah lelaki dan tiga adalah perempuan," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Douglas berkata, sebanyak 94 kes baharu pesakit di bawah siasatan (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,077 kes, semalam. 

Menurutnya, daripada jumlah itu, 898 kes adalah negatif dan 61 kes PUI masih menunggu keputusan makmal.

Sarawak merekodkan lima kematian sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac dan 9 kes telah sembuh.
LihatTutupKomentar
Cancel