Jangan pandang pangkat

SIBU: Ketua Polis Sibu, ACP Stanley Ringgit meminta semua anggota polis tidak memandang pangkat dalam usaha untuk menegakkan integriti dan disiplin.

Dalam ucapan perhimpunan bulan pagi ini, beliau menegaskan, anggota polis harus meningkatkan perkhidmatan mereka dan bertanggungjawab untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

"Tolak amalan tidak sihat seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat," katanya.

Beliau berkata, polis adalah di bawah radar orang ramai sepanjang masa.

Oleh itu katanya, sebarang aduan kecil akan dilaporkan.

Beliau berkata, tidak ada kes Covid-19 yangd ilaporkan di Sibu.
LihatTutupKomentar
Cancel