Judi online terus digempur

KUCHING: Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak terus menggempur kegiatan perjudian dalam talian melalui serbuan di sebuah banglo dua tingkat di Jalan Bukit Hantu, di sini, pagi tadi.

Lapan individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita warga asing termasuk seorang lelaki tempatan ditangkap ketika sedang menjalankan kegiatan perjudian itu.

 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong berkata, ketika serbuan didapati enam komputer yang memaparkan aplikasi digunakan untuk menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

"Sindiket memperoleh antara RM20,000 hingga RM30,000 sehari hasil kegiatan ini,"katanya di sini hari ini.

Katanya, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut.

"Tangkapan kali ini adalah yang kelima pada tahun ini, ke atas premis yang dijadikan pusat operasi perjudian atas talian,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel