Pemancing dikhuatiri dibaham buaya

TELAGA AIR: Seorang pemancing dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di sungai Selang,Kampung Terombol Ulu, di sini, pagi tadi.


Mangsa dikenali sebagai Norizam Mat Sukur, 27.


Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.54 pagi.


 "Seorang lelaki dikuatiri hilang ketika melakukan aktiviti memancing dan dikuatiri dibaham buaya di sungai," katanya di sini hari ini.


Katanya, perahu serta barang-barang peribadi milik mangsa telah dijumpai.
LihatTutupKomentar
Cancel