Kanak-kanak hilang dalam ladang sawit



SRI AMAN:Seorang kanak-kanak lelaki hilang di ladang sawit Rapak Baru, Pantu,di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu,mangsa Igih ak Ben berusia 3 tahun 11 bulan, bersama bapa dan datuknya masuk ke dalam kawasan ladang sawit berkenaan kerana bapa dan datuknya sedang menjalankan kerja sebagai pemandu arah kepada staff Sarawak Forestry Corporation (SFC) menuju ke sebatang pokok untuk dibuat penandaan.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.33 tengah hari ini.

"Memandangkan laluan menuju ke pokok tersebut terpaksa menaiki bukit yang curam, bapa mangsa telah meninggalkan anaknya di sebuah pondok kecil dengan hanya berbekalkan botol susu sebelum mereka meneruskan perjalanan," katanya di sini hari ini.


Katanya, menurut saksi, iaitu penduduk yang sedang menuai padi di lokasi yang sama melihat kanak-kanak tersebut telah berpatah balik ke lokasi tempat motosikal mereka dipakirkan dalam jarak 200 meter dari pondok.

"Namun sekembali bapanya ke pondok tersebut, mendapati anaknya telah tiada. Bapa mangsa terus membuat laporan polis.


"Pihak Bomba dan PDRM turut dibantu penduduk kampung telah menjalankan pencarian di kawasan sekitar ladang sawit tersebut dan sehingga kini belum menjumpai mangsa,"jelasnya.

Katanya,cuaca di lokasi ketika pencarian hujan lebat.
LihatTutupKomentar
Cancel