Kantoi miliki motosikal curi


SIBU: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana menunggang motosikal curi di Jalam Aman di sini.

Suspek dicekup kira-kira jam 1.40 pagi dalam keadaan mencurigakan semasa sepasukan polis mengadakan rondaan.

Hasil semakan nombor pendaftaran motosikal tersebut adalah palsu.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati no casis motosikal  mendapati ia dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu.

Polis berjaya merampas motosikal Honda dan sebatang anak kunci tertera jenama Honda.
LihatTutupKomentar
Cancel