Tiga maut kemalangan di Selepong

SRI AMAN: Tiga termasuk dua kanak-kanak maut ditempat kejadian selepas kereta mereka dirempuh sebelum dihimpit dua buah lori dalam kemalangan ngeri di di Jalan Selepong Maleh, Sri Aman petang semalam.

Mangsa yang meninggal dunia ialah seorang wanita warga emas Manyi Nubong, 70 tahun dan dua kanak-kanak lelaki Dexster Unggang Yong, 9 tahun serta Macthilra Churai Yong, 5 tahun.


Tiga lagi penumpang kereta itu termasuk seorang bayi cedera parah dan dhantar ke Hospital Sri Aman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang dalam perjalanan dari arah Kuching ke Sri Aman terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa.

"Pada masa sama, sebuah lori yang berada di belakang kereta tersebut gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta mengakibatkan ia tersepit di antara kedua-dua lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Rempuhan itu menyebabkan tiga penumpang di belakang kereta meninggal dunia di tempat kejadian.


Manakala pemandu kedua-dua lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, sampel darah pemandu lori terbabit telah diambil untuk ujian kimia.
Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta memberikan maklumat untuk membantu siasatan.
LihatTutupKomentar
Cancel