KPDNHEP rampas barang RM2.5 juta


KUCHING, 12 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya merampas lebih RM2.5 juta nilai barangan kawalan samada diesel, Gas Pertroleum Cecair (LPG) dan gula yang cuba diseludup ke sempadan negeri ini dari 1Januari sehingga Mac tahun ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Putra Jaya, Low Swee Hon berkata rampasan terbabit hasil penguatkuasaan membenteras ketirisan barang kawalan dijalankan pihaknya bersama polis marin, polis gerakkan am, kastam dan agensi penguatkuasaan lain.

"Keseluruhannya bagi tempoh 1 Januari hingga Mac 2020, KPDNHEP Sarawak
menerima 19 kes serahan dari agensi-agensi terlibat  dan kes ini siasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan kesemua nilai rampasan sebanyak RM2,509,146.80 dan nilai kompaun sebanyak RM26,000," katanya ketika mengadakan sidang media mengenai ketirisan barang kawalan di Ibupejabat KPDNHEP Sarawak, Jalan Tun Jugah di sini, hari ini.

Low berkata dari keseluruhan 19 kes terbabit,  pihaknya berjaya menangkap seramai enam orang suspek iaitu empat suspek warga asing  dalam satu kes di Kuching dan dua suspek warga tempatan dalam satu kes di Miri.

Katanya bagi kes terbabit di Kuching,  KPDNHEP menangkap empat suspek warga asing terbabit di Sematan dengan nilai rampasan gula sebanyak RM35,000.

"Kes ini telah pun di kompaun sebanyak RM20,000 dan Orang Kena Kompaun (OKK) bagi kes ini telah pun membayar kompaun tersebut,"katanya.

Manakala bagi kes di Miri pula, pihaknya menangkap dua suspek warga tempatan dengan nilai rampasan diesel sebanyak RM72,000.

Low berkata KPDNHEP tidak boleh meletakkan pegawainya di semua pintu sempadan negeri ini  kerana pihaknya perlu menguatkuasa banyak akta-akta lain selain Akta Kawalan Bekalan 1961.

Berikutan itu, pihaknya  perlu bekerjasama kepada agensi penguatkuasaan lain terutama polis marin bagi mencegah penyeludupan barang kawalan melalui sempadan perairan negeri ini.

"Berikutan itu dari keseluruhannya 19 kes serahan dari agensi penguatkuasaan sempadan kepada kami sehingga Mac tahun ini, sebanyak 16 kes terbabit adalah dari polis Marin,"katanya.

Beliau berkata KPDNHEP mengambil serius masalah ketirisan barang kawalan ini dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan itu, pihaknya meminta  orang ramai di negeri ini melaporkan maklumat aktiviti mencurigakan atau cubaan menyeludup barang kawalan ke sempadan dengan menghubungi KPDNHEP di 082-2466012 atau Call Centre 1800 886 800, portal e-aduan@kpdnhep.gov.my atau whatsapp 019 2794317.
tamat

keterangan gambar:

1.Low Swee Hon (tengah) bersama pegawai KPDNHEP Sarawak menunjukkan gambar kejayaan mereka membenteras ketirisan barangan kawalan di negeri ini pada tahun ini pada sidang media di Ibupejabat KPDNHEP Sarawak, Jalan Tun Jugah. di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel