500 tabligh dari Sarawak diminta tampil


KUCHING: Seramai 500 tabligh dari Sarawak yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling  dari 28 Februari hingga 1 Mac lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah terdekat.

Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh itu membabitkan anggaran 10,000 orang dari beberapa negara termasuk Malaysia dengan penyertaan melebihi 5,000 orang.

Mereka yang didapati batuk dan demam selsema boleh mebghuhungi Crisis Preparedness & Response Centre di talian 082 443248, Hospital Umum Sarawak 082 276666, Hospitak Miri 085 420033, Hospital Bintulu 086 255899 dan Hospital Sibu 084 343333.

Dalam pada itu, tular beberapa senarai nama peserta dari Sarawak yang menyertai ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini.

Sementara itu,  Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan seorang warga emas positif COVID-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling.

Warga tempatan berusia 60 itu adalah kes ke-131 yang dikesan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mula mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit itu sesak nafas pada 8 Mac dan dimasukkan ke Hospital Bentong pada hari yang sama.

“Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari.

“Ketika ini pesakit ini sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Pesakit pertama COVID-19 yang diuji positif di Brunei, pada Isnin lalu menghadiri perhimpunan di sebuah masjid di Sri Petaling dan terbang kembali dengan penerbangan AirAsia melalui Miri, Sarawak.

Beliau berkata, kes yang dikesan melalui survelan KKM itu adalah kes dalam kalangan ‘severe acute respiratory infection’ (SARI) dikesan dijangkiti COVID-19.

Noor Hisham turut menjelaskan, satu siasatan teliti dilakukan terhadap pesakit ke-131 itu dan mendapati dia mempunyai sejarah menghadiri perjumpaan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.

“KKM menasihatkan mereka yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling dari 28 Februari hingga 1 Mac lalu segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel