Ditumbuk, tampar lambat pakai kain pelekat

KUCHING: Gara-gara lambat memakai sarung kain pelikat seorang pelajar tingkatan dua mendakwa dibuli pelajar senior.

Pelajar sebuah sekolah menengah agama di Matang tersebut, mendakwa ditampar pipi, ditumbuk bahu dan betis pada malam Selasa lalu kira-kira jam 9.30 malam (10/3).

Akibat insiden tersebut pelajar berasal dari luar Kuching tersebut mengalami kecederaan.

Difahamkan pelajar terbabit ditampar pelajar senior tingkatan lima kerana lambat memakai sarung kain pelikat untuk pergi ke surau sekolah.

Ibu bapa bersama pelajar terbabit membuat laporan polis di balai polis sentral Kuching berhubung insiden tersebut petang semalam.
LihatTutupKomentar
Cancel