Larry Sng ganti Baru Bian


KUCHING: Ahli Parlimen Julau yang juga Ketua Cabang Keadilan Julau Larry Sng Wei Shien dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak dan Pimpinan Utama MPN Keadilan Sarawak.

Pelantikan tersebut  dipersetujui setelah selesai perbincangan dan rundingan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua-ketua Cabang Negeri Sarawak.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ketua Cabang Batang Lupar Abang Zulkifli  Abang Engkeh dilantik Timbalan Pengerusi MPN.

"Naib Pengerusi MPN, Michael Teo Yu Keng (Ahli Parlimen & KC Miri)
 Roland Engan (Ketua Cabang Baram). Manakala Japar Suyut (Timbalan Ketua Cabang Lawas)
dan penasihat Datuk Seri Hafsah Harun," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, struktur MPN Keadilan Sarawak yang lengkap akan di umumkan oleh kepimpinan
MPN Keadilan Sarawak yang baharu.

"Parti Keadilan Rakyat juga melantik Naib Presiden (lantikan) iaitu YB Jugah
Anak Muyang @ Tambat, Ahli Parlimen Lubok Antu dari kalangan anggota bagi
Negeri Sabah atau Sarawak selaras dengan perlembagaan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel