Gerek punya pasal, kena masuk penjara


Pekerja loji air mengakui, tindakan dibuat hanya untuk mengagumkan gereknya yang sebelum itu perli dia kerana tidak mempunyai motosikal.

Lapor Oddity Central, lelaki itu bernama Lalit bersama rakan karibnya, Saheed di New Delhi, India ditangkap polis selepas mencuri tak kurang 8 motosikal baru-baru ini.

Terdahulu, Lalit selalu membuat dan menghadiri parti di kawasan New Delhi untuk buat gerek dia kagum.

Bagaimanapun pada hari Valentine lalu, dia diperli sebab tak ada motosikal.

Terguris hati dengan sikap gereknya, Lalit bersama Saheed bercadang untuk mendapatkan lebih daripada 1 motosikal untuk tunjuk kepada gerek berkenaan.

Malangnya, rancangan Lalit membuatkan dia dimasukkan ke dalam penjara.

Pada mulanya, rancangan mereka mencuri beberapa motosikal berharga berjalan lancar namun perbuatan mereka mendapat perhatian polis sebelum perangkap dipasang.

Kemudian pada 6 Mac lalu, polis terima maklumat bahawa 2 suspek pencuri motosikal di kawasan Dwarka dengan perangkap telah pun dipasang.

Sekatan jalan dibuat di tempat strategik sebelum kedua suspek dikesan menaiki motosikal mahal tanpa nombor plat.


Mereka ditahan untuk pemeriksaan dan mendapati motosikal itu dilaporkan dicuri di Bindapur, Delhi pada 21 Februari lalu.

Sik pasal-pasal kenak masuk penjara hanya disebabkan nak tunjuk pada gerek... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… moga dalam tok sikda orang macam Lalit.
LihatTutupKomentar
Cancel