Lab di London tawar RM19,202, sukarela dijangkiti coronavirus


Dalam usaha global mencari vaksin bagi COVID-19, syarikat-syarikat pharmasiutikal menawarkan ribuan dolar kepada sesiapa yang sanggup secara sukarela dijangkiti virus itu dan dua minggu hidup dalam pengasingan.

Menjadi yang pertama menemukan vaksin tersebut pastinya sangat menguntungkan bagi mana-mana syarikat pharmasiutikal.

Contohnya, beberapa syarikat termasuk sektor awam menawarkan RM19,202 ($4,500) untuk dijangkiti virus itu.

Tawaran itu menarik anak muda, mereka yang sohat dan individu yang tiada wang namun syaratnya mereka akan diharamkan untuk kontak dengan dunia luar selama 2 minggu.

Sebuah syarikat, Hvivo di London Timur menjalankan unit kuarantin yang mana sukarela akan dipantau selama dua minggu.

Lapor The Times, sehingga 24 orang akan dibayar pada satu masa untuk dijangkiti dengan dua strain coronavirus (0C43 dan 229E) yang mengakibatkan simptom respirasi akut.


Ketua Saintis Hvivo, Andrew Catchpole berkata, syarikat-syarikat ubat boleh dapat idea baik dalam beberapa bulan dalam kajian vaksin sama ada ia berhasil atau tidak, menggunakan sampel kecil orang.

Selama 14 hari, orang yang sukarela akan dikuarantin dan dipantau doktor dan jururawat dengan kelengkapan pelindungan.

Tisu kotor dan pengesat (swab) akan dikumpulkan bagi mengukir viral load.

Dalam pada itu, pakar virologi, Queen Mary University of London, Professor John Oxford memberitahu, sukarelawan yang dijangkiti kemungkinanan besar akan mengalami simptom sedehana batuk atau selsema.

Amalan mencari sukarela ini bukannya sesuatu perkara yang baru.

Siapa sanggup??? 😆
LihatTutupKomentar
Cancel