15 kes baharu saspek Covid-19

KUCHING: Sarawak mencatatkan 15 kes baharu pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 hari ini.

Daripada jumlah tersebut, Hospital Umum Sarawak dilaporkan 10 kes, diikuti Lawas tiga kes, masing-masing satu kes di Bintulu dan Sibu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, secara keseluruhan kes PUI dilaporkan 262 kes sejak Januari lalu.

"Sebanyak 237 kes dilaporkan negatif dan 25 kes masih menunggu.

"Kes yang masih menunggu iaitu HUS 17 kes, Bintulu (4 kes) dan Lawas dan Sibu masing-masing satu kes," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri telah menyaring sejumlah 12,933 pelawat di setiap balai ketibaan dalam negeri untuk tujuan pemeriksaan.

Katanya, secara keseluruhan 457,470 saringan semua pintu masuk setakat ini.
LihatTutupKomentar
Cancel