Polis Betong anjur hari PDRM


BETONG: Orang awam diseru bekerjasama dengan pihak polis dalam memberi penyampaian maklumat mengenai jenayah dikawasan masing-masing.

Masyarakat jua boleh memberi maklumat jika mendapati berlakunya kes-kes jenayah seperti kes berkaitan dadah, kecurian, peras ugut dan pelbagai kehilangan yang melibatkan harta benda termasuk harta benda awam.

Tindakan menyalurkan maklumat membolehkan pihak polis untuk bertindak dengan lebih pantas dalam menyelesaikan kes-kes berkaitan.

Penganjuran Hari PDRM Ibupejabat Daerah (IPD) Bersama Pelanggan merupakan salah satu objektif PDRM mendekatkan diri dengan anggota masyarakat di peringkat akar umbi.

Program yang diadakan setiap Khamis kedua setiap bulan memberi peluang kepada masyarakat awam berinteraksi bersama pegawai dan anggota PDRM.

IPD Betong turut menjayakan program yang berlangsung di Terminal Bas Lama, Pasar Betong dekat sini. Ianya merupakan kesinambungan daripada program yang telah diadakan.

Menurut jurucakap mereka, program yang pertama tahun 2020 dirasmikan dilokasi yang sama pada Januari lepas, manakala pada Februari lokasi di ubah ke Debak.

"Sebenarnya kita cuba untuk membawa program yang sama secara bergilir kedaerah-daerah kecil yang lain di Betong ini bagi bertemu masyarakat di daerah lain tetapi atas desakan tugas kita anjurkan dilokasi yang sama seperti sebelumnya.

"Untuk yang seterusnya mungkin kita akan membawa program yang sama ke Daerah Spaoh, Pusa atau Maludam," jelasnya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah berkaitan semakan saman trafik, pendaftaran Rakan Amanita, aduan berhubung jenayah dan dadah.
LihatTutupKomentar
Cancel