Operasi cari Patrick dihentikan


SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang hilang di ladang kelapa sawit di Rapak Baru, Pantu, terus menemui jalan buntu dan gagal menemui mangsa.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,SAR yang memasuki hari ke sembilan hari ini ditutup sepenuhnya jam 5 petang ini.


"Pencarian hari ini dalam radius tujuh kilometer dari Pusat Kawalan Bomba(PKB).

"Operasi SAR melibatkan 59 orang daripada pelbagai agensi,"katanya di sini hari ini.

Katanya,hasil perbincangan antara agensi terlibat bersama Tuai Rumah Panjang dan bapa mangsa operasi SAR ditutup.

Agensi yang terlibat dalam pencarian ialah PDRM, APM, Rela, Forestry, PBS Lachau dan penduduk kampung.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa Patrick Igih ak Ben berusia 3 tahun 11 bulan, bersama bapa dan datuknya masuk ke dalam kawasan ladang sawit berkenaan dan hilang.
LihatTutupKomentar
Cancel