Rainforest World Music Festival 10-12 Julai


KUCHING, 12 Mac: Topeng muka akan berikan percuma kepada pengunjung acara Rainforest World Music Festival (RWMF) 2020 yang akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, di sini, dari 10 hingga 12 Julai depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian dan topeng muka juga akan diberikan pihaknya kepada semua terbabit dalam acara itu sebagai langkah pencegahan mengelakkan jangkitan Covid-19.

"Cecair pembersih tangan juga akan diletakkan di tempat strategik disekitar tapak festival itu. Sebagai tambahan, saringan kesihatan dan pengimbas thermal juga disediakan di pintu masuk festival,"katanya ketika majlis pelancaran RWMF 2020, di Old Court House, Tebingan Kuching, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata pasukan perubatan dan Jabatan Kesihatan juga akan bersiap sedia sepanjang festival dengan kerja pembasmian kuman akan dijalankan di tapak festival setiap hari dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

"Langkah proaktif dan kuat ini akan jelas mengambarkan seriusnya Sarawak mengurangkan impak cabaran kesihatan keatas industri pelancongan kita dan pada masa sama memulihkan keyakinan kepada Sarawak sebagai destinasi yang selamat dan alternatif yang baik kepada pengembara," katanya.

Beilau berkata RWMF 2020 akan menampilkan keseluruhannya seramai 56 kumpulan daripada 30 negara dengan antara negara yang baharu menyertai festival ini ialah Argentina, Kemboja, Cyprus, Faroe Island, Flores, Kurdistan dan Venezuela.

Katanya RWMF 2020 juga diperluaskan ke bandar raya ini melalui acara "Rainforest World Music Festival Fringe " dari 3 hingga 15 Julai depan dan "Rainforest in The City" dari 30 Jun hingga 9 Julai depan.

"Tahun lepas RWMF 2019 mampu menarik seramai 29, 650 pengunjung dari seluruh dunia. Tetapi tahun ini disebabkan Covid-19, kami belum pasti ( sasaran jumlah pengunjung RWMF 2020), tetapi saya percaya mereka akan terus datang lagi," katanya.

Sementara itu mengenai harga tiket ke RWMF 2020, beliau berkata harganya belum ditentukan lagi tetapi mungkin ada sedikit kenaikan dan dijangka akan didedahkan hujung bulan ini apabila tiket itu mula dijual.
Tamat

keterangan gambar:

1. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tujuh dari kiri) bersama kumpulan music tempatan yang akan menyertai RWMF 2020 di majlis pelancarannya di Old Court House, Tebingan Kuching, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel