Lee Kim Shin lawat wharf Sarikei


SARIKEI: Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Datuk Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan kerja ke Terminal Penumpang 2, Sarikei dan fasiliti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Bahagian Sarikei pagi ini. 


Berucap di majlis tersebut, Datuk Lee Kim Sim mengingatkan masyarakat perkapalan agar memastikan kapal mereka wajib memiliki Permit Pengangkutan Sungai selain daripada mematuhi undang-undang keselamatan pelayaran. Beliau juga menyeru masyarakat di Sarikei turut bersama-sama menjaga kebersihan sungai dan jangan sesekali membuang sampah ke dalam sungai.


Seramai 150 orang tetamu dan jemputan yang terdiri daripada agensi kerajaan, pengusaha perkapalan dan para jemputan menghadiri majlis tersebut.

Datuk Lee Kim See kemudiannya menyampaikan cenderahati LSS yang mengandungi risalah kepentingan keselamatan pengangkutan dan kebersihan sungai kepada pengguna-pengguna kemudahan air.


Semasa majlis, Datuk Lee turut menyampaikan jaket keselamatan kepada 20 orang penerima dan 5 alat pemadam api kepada pengusaha bot laju dan juga bot ekspress yang beroperasi di Sungai Rajang, Sarikei.


Maklum balas dari jemputan dan masyarakat perkapalan amat menghargai lawatan YB Menteri dan menyeru agar program sedemikian diteruskan untuk kesedaran selain menaiktaraf kemudahan dan fasiliti LSS

Antara yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato' Sri Huang Tiong Sii Adun N45 Repok, YB Ir Yusuf Abd Wahab Ahli Parlimen P206 Tanjung Manis, Tuan Haji Abang Mohamad Porkan Bin Haji Abang Budiman Timbalan Residen Sarikei, Yang Berusaha Lt. Ding Tiew Wong Pemangku Controller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Yang Berusaha En Haji Hatta Bin Haji Morshidi Assistant Controller Wilayah II, Ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan serta wakil pengusaha bot-bot di sekitar Sarikei.

Datuk Lee Kim Shin kemudiaannya dibawa melawat fasiliti-fasiliti RC Phontoon Wharf Terminal 2 dan RC Phontoon Wharf Terminal 1 dan sekitar Sungai Rajang Sarikei dengan menggunakan bot Lembaga Sungai untuk meninjau fasiliti yang lain. Dan seterusnya beliau turut melawat ke fasiliti LSS di RC Phontoon Wharf Main Bazar dan RC Commercial Wharf Main Bazar Bintangor.
LihatTutupKomentar
Cancel