Operasi cari kanak-kanak diperhebat


KUCHING: Operasi SAR mencari kanak-kanak lemas di muara sungai Kampung Buntal diteruskan  hari ini.
|
Mangsa, Zainull Arif Jalani 11 tahun  terjatuh di jeti Kampung Buntal ketika sedang memancing bersama dua rakan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, pasukan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi bersama penduduk kampung melakukan pencarian dengan kaedah surface searching.

Menurutnya, pasukan K9 juga telah memulakan operasi pencarian bersama anjing bernama Cliff bersama 2 pengendali.

Katanya, anakala Pasukan PPDA juga telah diarahkan untuk bersiap sedia diturunkan sekiranya mendapat petunjuk jelas kedudukan mangsa.

"Operasi SAR diteruskan sepanjang malam dari kelmarin dan disambungkan pada hari ke-2 (hari ini).

"Agensi lain terlibat PDRM (4 anggota), RELA - 5 anggota, APMM - 1 bot bersama 15 anggota, APM - 2 bot bersama 13 anggota, PBS Buntal - 10 anggota dan penduduk kampung - 11 bot," katanya menerusi kenyataan.
LihatTutupKomentar
Cancel