Lelaki diberkas curi kabel di Desa Wira


KUCHING:Gerak-geri seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan terbongkar setelah diberkas pihak polis kerana mencuri kabel.

Suspek berusia 32 tahun, beralamat di Jalan Stapok itu ditangkap pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang melakukan rondaan di kawasan bangunan kedai baru, Taman Desa Wira, di sini, jam 10.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, ketika membuat rondaan itu, pemeriksaan dibuat ke atas suspek terbabit yang dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan kita menjumpai beberapa peralatan  disyaki digunakan untuk mencuri kabel.

"Turut dirampas ialah satu beg berisi kuku kambing,satu pemutar skru dan satu rod tembaga lebih kurang 75 centimeter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,ketika disoal suspek yang berada di bawah pengaruh dadah mengaku telah mencuri kabel.

"Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai kesalahan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman mulai esok," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel