Tangkap sesiapa langgar PKP
MIRI: Musim berlembut dengan budi bicara, beri nasihat dan amaran sudah berakhir hari ini.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, semua penyelia pasukan rondaan sekiranya berjumpa individu lain melanggar arahan/syarat Perintah Kawalan Pergerakan ditahan.
Menurutnya, mereka dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
"Buat repot dan serah kepada IO bertugas. KBSJD/KPB akan memutuskan samada membuka IP atau tidak," katanya dalam kenyataan ringkas.