Lelaki diberkas pecah rumah

BAU:Seorang lelaki diberkas kerana terlibat dalam kes pecah rumah di bertempat di Tanjung Durian/Keranji Siniawan, di sini,Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, suspek berusia 31 tahun ditangkap dalam Op Pintu pada jam 9.30 malam Rabu lalu di Lot.178 Tanjong Durian, Bau.

"Dalam kejadian pada 8 Mac lalu, seorang kontraktor mendapati pintu belakang rumah terbuka dan telah dipecah masuk.


"Antara barang yang hilang ialah DVD player, televisyen,vmesin basuh, enjin penyedut udara, air purifier, periuk nasi, besi dan kayu untuk membuat rumah,pasport pekerja, cek milik syarikat dan kad hijau kereta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Tahanan reman dibuat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah 
Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel