Lelaki mabuk bakar rumah

BINTANGOR: Seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak agresif apabila sengaja membakar sebuah rumah berdekatan rumah panjang Sian, rumah Mansor, di sini, tengah hari ini.

Selepas membakar rumah terbabit, lelaki berusia 25 tahun itu telah melarikan diri.

Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 2.09 petang.

"Setibanya di lokasi didapati sebuah rumah setingkat tidak kekal yang berkeluasan 20 X 30 kaki telah terbakar 100 peratus," katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran tidak melibatkan rumah panjang tetapi melibatkan rumah persendirian berdekatan rumah panjang tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel