Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan di Sarawak bubar?
"Dulu ada orang cuba buka bunga (silat ) mengunakan MPKKP. Mereka dalam kerajaan yang lepas mahu membuat jawatankuasa sendiri di kampung dan membawa perpecahan. Kini (MPKKP) sudah terbantut dan tidak jadi," katanya ketika menghadiri perasmian Majlis Perhimpunan Guru Dan Pemimpin Silat Negeri Sarawak 2020 anjuran Rumpun Silat Sarawak (RSS), di Penview Convention Center (PCC) Demak di Jalan Bako, di sini, malam tadi.
Abang Johari berkata dengan terbantutnya penubuhan MPKKP maka Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Sarawak tidak ada yang berpecah dan terus menjadi organisasi kuat bagi menjaga kampung dan rumah panjang.
Sebelum ini ketika menjadi kerajaan pusat, Pakatan Harapan (PH) Sarawak mensasarkan kumpulan pertama lebih 3,000 ahli dan pemimpin MPKKP akan mula berkhidmat pada penghujung bulan ini.
Pengambilan untuk ahli dan pemimpin MPKKP telah dimulakan pada November tahun lepas dan ia diikuti dengan proses saringan tapisan selain menyemak latar belakang nama yang dikemukakan untuk rekod jenayah atau sama ada individu itu diisytiharkan bankrap.
Bagaimanapun kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak bersetuju dengan penubuhan MPKKP kerana khuatir memecah belah penduduk kampung dan rumah panjang telah memutuskan menubuhkan kerajaan pusat baharu bersama Perikatan Nasional (PN) awal bulan ini sebelum bermula penubuhan MPKKP.
keterangan gambar:
1. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (empat dari kiri) mengunakan keris bagi melakukan simbolik merasmikan Majlis Perhimpunan Guru Dan Pemimpin Silat Negeri Sarawak 2020 anjuran Rumpun Silat Sarawak (RSS), di Penview Convention Center (PCC) Demak di Jalan Bako, di sini, malam tadi.