Lima guru cedera bas rombongan alami masalah brek

KUANTAN, 7 Mac (Bernama) -- Lima cedera, dua daripadanya parah selepas bas rombongan yang membawa 38 guru melanggar besi penghadang jalan akibat masalah brek semasa menuruni bukit di Km42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di Bentong, malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata nahas jalan raya pada 11.50 malam itu melibatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor yang dalam perjalanan ke Kelantan.

"Kejadian difahamkan berlaku selepas pemandu bas berusia 31 tahun cuba mengelak ke kiri jalan selepas mendapati brek bas itu gagal berfungsi. 

"Bas itu juga melanggar sisi kiri sebuah treler yang berada kira-kira 100 meter di depannya sebelum dapat dihentikan," katanya semasa dihubungi hari ini. 

Kamarulzaman berkata dua penumpang yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh manakala tiga yang cedera ringan dihantar ke Hospital Bentong.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel