Mayat nelayan hilang ditemui

MIRI - Satu mayat yang dipercayai lelaki yang dilaporkan hilang tiga hari lepas telah ditemui pagi tadi. 

Pusat Gerak Operasi Bomba dalam satu kenyataan media berkata, Kapal Petronas West Lutong melaporkan penemuan satu mayat terapung berhampiran pelantar WLP C pada jam 9.45 pagi tadi. 

Bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Miri dilaporkan dalam perjalanan ke Lokasi Mayat dijumpai. 

Mayat akan dibawa ke Jeti Marina Bay untuk pengesahan lanjut. 

Jangka masa tiba di jeti akan dimaklum.

Mangsa dikenali Kadri Tra berusia,71, dengan kali terakhir ditemui berbaju putih dan berseluar gelap semasa keluar ke laut. 

Berita penuh menyusul. 


LihatTutupKomentar
Cancel