Menteri santuni kakitangan perubatan
MIRI: Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin menyampaikan sumbangan kepada pasukan perubatan Hospital Miri yang terlibat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang terjejas akibat Covid-19.
Mereka yang menerima bantuan adalah yang bekerja di wad untuk kes positif kena tinggal di hospital dan tidak boleh balik selamat 14 hari.
"Sumbangan kami adalah penghargaan kepada dedikasi, usaha, keberanian, kesabaran dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka di bawah risiko yang tinggi dan situasi yang mencabar," katanya menerusi facebook.