"Mohd Luizman, Jurugambar Perkahwinan Dari Sarikei Yang Sedang Meningkat Naik"

SARIKEI: Seorang jurugambar perkahwinan, Mohd Luizman Abdullah yang kini namanya sering disebut-sebut oleh bekas pelanggan-pelanggan dan juga sekitar Sarikei, Bintangor, Saratok, Sibu juga kawasan lain.

Anak kelahiran Sarikei ini sering menerima tempahan fotografi untuk perkahwinan khususnya dan juga majlis-majlis keramaian. 


Apa yang menariknya adalah hasil ketelitian kerjanya yang begitu berkualiti dan diiktiraf oleh penggemar-penggemar fotografi.

Beliau memulakan kariernya fotografinya sejak tahun 2013 setelah menyertai bengkel fotografi Sence Of Colour di Kuching oleh tenaga pengajar Fajar Kristiano dari Indonesia Sejak dari itu beliau terus berkarya dan meningkatkan mutu dan segi teknikal. Rata-rata ramai yang memuji hasil gambarnya yang mengkagumkan.


Ketika ditanya, beliau berkata" Sebagai seorang jurugambar, jagalah hasil kualiti kerja dan bukannya mengejar kuantiti. Sekiranya ada kritikan dan teguran dari pelanggan atau orang lain maka terimalah dengan hati yang terbuka kerana kritikan dan teguran itu akan dapat memperbaiki, mempertingkatkan lagi hasil kerja kita."

"Seni itu indah. Belajar dan berusaha mencari ilmu sebaik mungkin tanpa mengira mereka adalah pemula, amatur atau profesional kerana kita akan mendapat input daripada pembelajaran" ujarnya lagi.


Berusia 37 tahun, beliau yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata dapat membahagikan masa kerja hakiki, jurugambar dan sebagai ketua keluarga.

Berbekalkan dengan Nikon D750, Sigma 35mm 1.4 Art, Nikon 85mm 1.8G, Nikon 50mm 1.8G dan Sigma 24mm 1.8, Lightrom dan Photoshop CC, beliau duduk berjam-jam lamanya untuk menghasilkan gambar yang berkualiti disamping dapat memenuhi kepuasan dan kriteria permintaan pelanggannya.

Maka tidak hairanlah saban bulan slot pakej fotografi beliau sering menerima tempahan dan kadang-kadang bertindih di setiap tempat pada masa dan hari yang sama.

Dengan dibantu oleh beberapa rakan sebagai 'backup photographer' maka ia akan memudahkan kerja beliau dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Bagi mereka yang ingin menempah jurugambar perkahwinan, pertunangan, majlis harijadi, keramaian rasmi atau apa jua, anda boleh menghubungi beliau di talian 0128519289 ataupun boleh melihat hasil kerjanya di halaman facebook "Mohd Luizman Photography"

"Support Our Local" katanya lagi diakhir bicara
LihatTutupKomentar
Cancel