Program Meet & Greet IPD Kuching

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching mengadakan Program Walkabout Meet & Greet di Medan Niaga Satok hari ini.

Program yang diadakan bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi itu disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa , bersama Pegawai Kanan dan Anggota.

Merbin berkata,objektif program itu diadakan adalah untuk merapatkan hubungan pihak polis dan masyarakat setempat.

"Kita mengedarkan risalah pencegahan jenayah dan nombor telefon yang boleh dihubungi jika ada kecemasan kepada orang awam.


"Sepanjang  program dijalankan peniaga dan pengunjung yang dijumpai rata-rata mengalu-alukan aktiviti dijalankan agar kejadian jenayah dapat dielakkan,"katanya.

Beliau berharap masyarakat akan terus berganding bahu bersama PDRM dalam Pencegahan Jenayah selari dengan tema PDRM "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada".
LihatTutupKomentar
Cancel