MOTAC terima 111 aduan


PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima sebanyak 111 aduan sejak talian Call Center Covid-19 dibuka pada 19 Mac 2020 (Khamis). 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata 
sektor perhotelan menerima aduan tertinggi iaitu sebanyak 36 peratus (40 aduan), 11 peratus (12 aduan) berkaitan urusan pelesenan pelancongan, 11 peratus (12 aduan) berkaitan syarikat-syarikat pelancongan dan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) berjumlah dua peratus (tiga aduan) serta isu berkaitan seni dan budaya sebanyak dua peratus (tiga aduan). 

Manakala sebahagian aduan atau isu yang diterima oleh talian hotline MOTAC 
adalah kurang berkaitan dengan bidang kuasa Kementerian ini namun mempunyai 
asas penting keselamatan seperti imigresen, pengangkutan dan isu Covid-19 iaitu sebanyak 38 peratus.

“Ada juga dalam kalangan penggiat seni termasuk persatuan artis serta buskers
yang menghubungi Call Centre Covid-19 untuk mendapatkan maklumat berkaitan 
manfaat daripada Pakej Rangsangan Ekonomi,” katanya. 

Walau bagaimanapun, perkara ini mendapat perhatian beliau dan akan 
membawanya kepada pengurusan tertinggi MOTAC seterusnya ke pengetahuan kabinet untuk membantu penggiat industri yang terjejas. 

Nancy berkata, aduan yang bukan di bawah bidang kuasa MOTAC 
akan dipanjangkan kepada kementerian yang relevan untuk tindakan lanjut. 
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Call Centre Covid-19 pada hari ini di aras 15, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 malam. 

Beliau turut diiringi oleh Dato’ Dr. Noor Zari Hamad, Ketua Setiausaha MOTAC dan En. Norazman Othman, Timbalan Ketua 
Setiausaha MOTAC. Call Centre Covid-19 MOTAC beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan boleh dihubungi di talian 03-88917189 atau emel di covid19@motac.gov.my

LihatTutupKomentar
Cancel