PDRM pantau pemantuhan PKP di rumah panjang
Bintangor | Lawatan Pematuhan PKP oleh Ketua Polis Daerah Meradong Dsp Sekam Anoi serta Tuan Badjuri Bidin Bong Pegawai Daerah Meradong mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah panjang sekitar Bintangor.
Dalam lawatan Pemantauan ini juga Tuan KPD menerangkan kepada penduduk rumah di kawasan Semaring, Mupong serta Sg Ilas supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dengan duduk di rumah dan sentiasa mendengar arahan dari masa ke semasa pihak berkuasa.
KPD turut mengingatkan kepada penduduk rumah panjang mengelak berkumpul tempat tumpuan orang ramai serta menjaga jarak social distance.
Selain itu Pemantauan ini juga meninjau keadaan penduduk rumah panjang yang terputus hubungan akibat Pemberhentian pengangkutan air seperti bot express dan bot laju.
Dalam lawatan Pemantauan kali ini sebanyak 16 buah rumah panjang yang dilawati.
Hadir sama lawatan pematuhan ini Tuan Insp Arifin Bin Mat Deris Pegawai Pemerintah Marin Sarikei dan Pegawai Tadbir Ting Kai Siang.