Muaythai Sarawak dan SPPA sumbang makanan
Persatuan muaythai sarawak bersama Sarawak Press Photographer Association telah menyampaikan 100 packs makanan serta minuman kepada barisan depan di Kuching.
PMS mengambil inisiatif selepas mengetahui petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kesihatan orang awam pada taraf terbaik.
"Sumbangan ini diharap kan meringan beban pekerja barisan hadapan doktor nurse polis dan tentera yg sanggup berkerja round the clock utk memastikan Sarawak dlm keadaan selamat dan memastikan rakyat yg terkena Covid-19 mendapat rawatan yg terbaik, # kata Presiden Muay Thai Sarawak Haji Jumaat Ibrahim
" Rakyat Sarawak yang lain duduk di rumah dan membuat persediaan lockdown untuk keluarga tetapi mereka ada yang tak balik rumah kerana menjadi frontier untuk mempertahankan agar rakyat Sarawak dalam keadaan selamat. Justeru itu saya sebagai anak Sarawak terpanggil untuk melakukan kerja amal ini bagi menghargai mereka dan dengan mereka tahu yg rakyat Sarawak Salute dan menghormati pengorbanan mereka, " tambah beliau lagi.
"Sebagai media yang turut membantu mengedarkan pek makanan ini, kami melihat secara dekat bagaimana pihak barisan hadapan bekerja. Mereka bertungkus lumus bekerja untuk kesejahteraan kita semua. Bantu lah mereka dengan Duduk dirumah dan doakan kesejahteraan dan perlindungan kepada mereka" tambah Bendahari SPPA Zulazhar Sheblee
