Nancy tekad mendepani cabaran Covid-19


KUCHING:  Saya akan terus komited menghasilkan penyelesaian yang berkesan dan langkah ekonomi jangka panjang untuk menguruskan sektor industri pelancongan dengan lebih baik.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan,  Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dia akan terus bekerja keras untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.

“Sektor pelancongan dan industri penerbangan menghadapi masalah dalam keadaan serta situasi sukar ini.

"Saya percaya ekonomi negara cukup berdaya tahan untuk mendepani cabaran-cabaran ini, dan dengan barisan Kabinet baharu ini, kami akan mengambil kesempatan terhadap semua peluang yang ada, untuk bertahan melalui krisis ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau bertekad untuk menghasilkan penyelesaian yang berkesan dan langkah ekonomi jangka panjang bagi mengurus sektor pelancongan dengan lebih baik.

Katanya, Malaysia hari ini menghadapi cabaran besar pada peringkat global dan tempatan dengan keadaan ekonomi tidak menentu, termasuk kesan penularan Covid-19.

"Kita akan mengambil kesempatan daripada semua peluang yang ada dalam mengharungi krisis ini,” katanya.

Beliau berkata fokus utamanya ialah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

"Keutamaan saya adalah mendahulukan keperluan rakyat dan negara dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel