Operasi cari Patrick temui jalan buntu

SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak, Patrick Igih yang hilang menemui jalan buntu pada hari ke-5 operasi hari ini.

Komander Operasi berkata, PPgB William Baheng berkata, operasi SAR ditangguhkan dan akan di sambung pada keesokan jam 8:30 pagi.

"Sepanjang operasi SAR dijalankan, pasukan SAR masih belum menemui tanda - tanda penemuan mangsa," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi SAR hari kelima dibahagikan kepada tiga sektor untuk menghabiskan radius pencarian dalam radius 19 kilometer.


"Foto pencarian dalam ladang sawit, hutan Pulau Segak, lereng banjaran Kelingkang dan banjaran kawasan Batu Besar," katanya.

Operasi yang disertai 70 individu dari pelbagai agensi dan penduduk kampung ditangguhkan 6:00 petang.
LihatTutupKomentar
Cancel