RM30 juta geran IKS untuk wanita Sarawak

Foto UKAS


Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kerajaan negeri Sarawak memberi khabar gembira kepada wanita Sarawak apabila mengumumkan peruntukan sebanyak RM30 juta geran untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tahun ini.

Ia adalah sebahagian inisiatif transformasi ekonomi yang disuntik kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup wanita serta  keluarga mereka masing-masing.

Menerusi ucapan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sempena Sarawak Women X: Global, Innovative Entrepreneurship in Conjuction with HWA 2020, kerajaan negeri menggalakan wanita menceburi bidang keusahawanan atas talian (online) dan memperluaskan kepakaran dalam teknologi seperti AI, VR dan cara pemprosesan produk.

Usaha dan inisiatif kerajaan negeri itu amat dialu-alukan, bagaimanapun terdapat dua perkara asas yang mungkin tidak diberi penekanan di sini dan jika ia dilaksanakan bukan sahaja mampu memajukan negeri Sarawak malah menjadi panduan kepada seluruh negeri di Malaysia.

Selain bantuan modal dan latihan keusahawanan online, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan infrastruktur internet yang cekap dan pantas bagi merancakkan ekonomi negara.

Foto UKAS

Mengambil iktibar sebelum ini dimana Tun Dr Mahathir mensasarkan tahun 2020 sebagai negara maju, dan beliau masih menjadi Perdana Menteri pada tahun ini malangnya negara belum mencapai status negara maju seperti dihasratkan.

Punca yang merencatkan kemajuan sesebuah negara adalah kelemahan dalam menyediakan infrastrukur internet yang baik serta pemilihan sistem komputer yang sepatutnya memudahkan serta menjadi penyelesaian kepada apa jua masalah.

Hapuskan gangguan internet

Talian internet sewajarnya disediakan kerajaan sama ada secara percuma atau murah seperti analoginya kerajaan menyediakan ada jalan raya tapi tiada kereta tidak guna juga.

Sebagai contoh kerajaan menyediakan 
Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima (5G) sama seperti analogi menyediakan jalan lima lorong tetapi siapakah boleh menggunakan laluan itu? Hanya mereka yang boleh bayar tol sahaja.

Jika tiada duit kena ikut jalan lain seperti internet 2G yang sempit, sesak dan lain-lain sehingga merencatkan perkembangan ekonomi.

Peniaga kecil-kecilan terpaksa menaikkan harga produk untuk menampung kos bil internet atau penyewaan server yang mahal.

Atas faktor inilah Korea menyediakan dua pelan internet samada percuma atau murah kepada rakyatnya bagi membantu ekonomi rakyat supaya ia berkembang dan berdaya saing untuk pemasaran luar negara.

 Foto UKAS

Pilihan pelan internet diserahkan kepada pengguna tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan infrastruktur yang praktikal atau dengan kata lain bukan tugas rakyat perlu buat internet atau kereta.

Peniaga besar-besaran yang mahu cepat dapat untung, boleh lah bayar 'tol' dan dicukaikan tetapi bagi rakyat miskin, biarlalah mereka mengguna jalan lama, percuma dan tiada tol.

Sistem penyelesaian dua dalam satu

Penulis sudah melihat bagaimana sistem komputer boleh menyelesaikan masalah yang gagal diselesaikan kerajaan sebelum ini.

Sebagai contoh Sistem Online Kira Sendiri Pendapatan (SOKIP) di mana kerajaan menerusi badan berkaitan boleh mengetahui dengan mudah siapa yang perlu dibantu, berapa yang diperlukan untuknya keluar dari kemiskinan sekaligus mengelakkan isu keciciran bantuan atau disalahguna

Begitu juga sistem sistem perakaunan berkomputer, Accnet yang sebelum ini dicadangkan kepada usahawan IKS.

Sistem berkenaan bagi memudahkan mereka untuk mengetahui untung rugi perniagaan kecil-kecilan yang diusahakannya pada masa sebenar di mana-mana sahaja.

Formula standard perakaunan contohnya seperti pendapatan tunai atau kredit, perbelanjaan tunai atau kredit, timbang kira untuk mengesahkan akaun seimbang atau tidak, sudah dimasukkan ke dalam sistem.

Apabila kita tahu duit masuk, duit keluar, pendapatan atau perbelanjaan,  kita akan tahu untung atau rugi, ada duit lebih atau tidak.


Foto UKAS


Perakaunan secara manual sangat menyusahkan malah bukan semua orang tahu mengurus wang kewangan mereka walaupun sudah mendapat bantuan modal memulakan perniagaan.
  
Sebahagian wanita kurang bernasib baik, ibu tunggal, asnaf, orang kurang upaya (OKU) yang terbabit dalam urus niaga elektronik akan ketinggalan jika tidak berusaha mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam bidang e-digital.

Sehubungan itu, AccNet adalah satu penyelesaian dua dalam satu di mana pengguna tanpa memerlukan pengetahuan dan kemahiran perakaunan yang rumit tetapi mampu menyediakan penyata kira-kira untung rugi secara harian, bulanan dan tahunan.

Mendigitalkan pemikiran rakyat

Dalam dunia tiada sempadan kita melihat segala-galanya berjalan pantas, jika kita masih menggunakan kereta lembu kita akan ketinggalan.

Jika dahulu, majikan akan memikirkan meja dan kerusi untuk pekerja tetapi kini industri perabot mulai malap apabila pekerja boleh bekerja di mana sahaja dan majikan tidak lagi memerlukan bangunan pejabat.

Begitulah juga teknologi internet sekarang yang bukan sahaja mengesahkan kebenaran al- Quran yang selama ini ada pihak mempertikaikannya apabila menerusi maklumat internet seperti Google Earth orang sudah tahu di mana terletaknya Kerajaan Saba' milik Ratu Balqis, di mana kerajaan Nabi Sulaiman dan lombong emas Nabi Sulaiman sebagaimana diceritakan al Quran.

Pengguna internet boleh pergi ke lokasi yang tidak pernah dikunjungi tanpa sesat hanya dengan bantuan Google Maps dan Waze, sama ada berjalan atau menggunakan Grab atau menaiki kapal terbang semuanya hanya dihujung jari.

Begitu juga urusniaga dan transaksi wang yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja di dunia hanya menggunaka internet, jadi tidak mustahil jika mengundi pun boleh menggunakan internet sahaja di mana-mana tanpa perlu pulang ke kampung atau kedutaan di negara.

Jika duit bertrilion boleh dibuat transaksi internet apa yang ditakutkan dengan pemindahan maklumat?

Sehubungan itu negara tidak akan mencapai kemajuan yang diharapkan malah rakyat tanpa mendalami ilmu teknologi internet akan ketinggalan.

Bukan boleh atau tidak boleh untuk negara mencapai negara maju, malah ada yang mengatakan jika kita sanggup berubah hanya perlukan 10 tahun sahaja untuk maju, kini tinggal hendak atau tak nak je.

Kecuali musuh negara yang tidak mahu negara maju, tidak mahu ekonomi naik dan mahu negara mundur dalam bahasa mudahnya orang yang tidak sokong perubahan ini adalah orang yang mahu dragdown kita ke bawah.
LihatTutupKomentar
Cancel