Palu dengan senduk jak? cerita bulak.


KUCHING - Palu dengan senduk kayu nasi untuk menggelakkan jangkitan Covid-19, kata seorang wanita dalam sebuah audio berbahasa Iban yang kini sedang tular di media sosial.

Menurutsi tukang sebar rawatan senduk kayu itu, ‘kaedah’ merawat Covid-19 itu diketahui melalui mimpi.

“Menurut mimpi itu, apa kita mahu takut dengan penyakit Covid-19. Cuba palu dengan senduk kayu, nescaya kita selamat dari penyakit ini,” katanya.

Namun kata-kata wanita itu dibalas oleh orang awam yang menyifatkan tindakan memalu dengan senduk sebagai pembohongan dan tidak masuk akal.

“Ka mai ngemula ke orang. Uji enti bangat pandai, dik kin ke hospital din mayuh orang sakit kobit (Covid-19). Paluk magang, bejako madah ke orang alu bulak, kumbai manah bulak. Tuai mulak ke orang nama penyakit kobit nya nemu gerai. Paluk enggau senduk magang, dadak. Asuh pulai magang indu misi enti amai.”

“Uji dik tekong enggau semua senduk dia. Jerak asai ka mai bulak!”

Lelaki itu mencabar tukang sebar itu ke hospital dan memalu semua pesakit termasuk jururawat, jika ia benar-benar berkesan.

Beliau turut mencadangkan tukang sebar itu memalu dirinya sendiri dengan semua senduk kayu bagi membuktikan keberkesanan menggelakkan jangkitan Covid-19.

“Tua-tua pun mahu bohong,” katanya lagi.
LihatTutupKomentar
Cancel