PKP : Polis Bintangor tangkap dua lelaki

BINTANGOR - Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dan warga Indonesia berusia 33 tahun ditangkap pihak Polis Bintangor .


Menurut Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata Dua lelaki berkenan ditahan kerana melanggar perintah sekatan. 
Siasatan dibuat dibawah seksyen 186 Kanun Kesiksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan Pencegahan/Kawalan Penyakit Berjangkit.

Menurut KPD lagi seramai 36 pegawai/anggota PDRM IPD Meradong dan 14 anggota RELA terlibat dalam operasi bersepadu ini. 

Dalam operasi ini sebanyak 3 lokasi sekatan jalanraya yang mensasarkan laluan keluar/masuk dalam Pekan Bintangor termasuk taman/kampung. 

Turut digerakkan Unit Kereta Peronda MPV dan Rondaan Bermotosikal. 


Beliau turut mengatakan sejumlah 63 buah kenderaan (lori/kereta/motosikal) telah diperiksa. Sebanyak 6 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan.

Beliau mengingatkan supaya orang ramai mematuhi arahan Sekatan, jangan keluar dari rumah khususnya selepas jam 7 malam. 

Jika ada urusan penting di Pekan, hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan melainkan dalam keadaan tertentu sahaja. Serta jangan menyebarkan berita yg belum sahih/benar kerana boleh mengelirukan masyarakat.
LihatTutupKomentar
Cancel