Pasar raya empat tingkat musnah terbakar

SANDAKAN: Sebuah pasar raya empat tingkat terbakar dalam kejadian kebakaran di sini, malam tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11.39 malam tersebut menyebabkan pasar raya Wong Yung Kee Wholesales Market Batu 3 Sandakan musnah keseluruhan.

Pemadaman dilakukan secara defensive kerana struktur bangunan yang tidak selamat dimasuki.

Pegawai Operasi PBKII Syamzari Ganih berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran 400 kaki empat pancutan untuk mendapatkan sumber air dari pili bomba balai sejauh 500 kaki ke jentera pertama dan jentera satu aliran 300 kaki dua pancutan sumber air dari pili bomba berhampiran.
"Tekanan air pili bomba di kawasan kebakaran rendah menyebabkan sukar melakukan pemadaman.
"Kebakaran melibatkan sebuah kedai pasar raya 4 tingkat jenis kekal berkeluasan 300x80 terbakar 100%.
"Operasi terkawal pada jam 7:43 pagi," katanya menerusi kenyataan.
LihatTutupKomentar
Cancel