Indonesia catat kematian pertama pesakit positif Covid-19


JAKARTA, 11 Mac -- Indonesia mencatatkan kematian pertama akibat koronavirus baharu (COVID-19).

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, mangsa adalah seorang wanita warga asing, berusia 53 tahun, meninggal dunia sekitar jam 2 pagi tadi.

Mangsa, yang merupakan kes ke-25 positif COVID-19, turut mengidap pelbagai penyakit seperti diabetis dan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun, Achmad menegaskan penyebab kematian pesakit itu bukanlah kerana virus berkenaan tetapi virus tersebut telah memburukkan lagi keadaan pesakit itu.

Butiran terperinci mengenai mangsa tidak didedahkan semasa pengumuman disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan dari Istana Presiden hari ini.

Setakat ini, 27 kes COVID-19 di laporkan di Indonesia.
-- Bernama
LihatTutupKomentar
Cancel