Masing ramal PRN12 tahun 2020


KUCHING, 11 Mac: Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing meramalkan yang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan diadakan tahun ini.

"Namun, saya tidak boleh mengesahkan, (PRN-12 tahun ini) hanya Ketua Menteri boleh mengesahkannya, itu ramalan saya sahaja,"katanya selepas menyampaikan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh lebih RM336,000 kepada 35 organisasi di Bangunan Baitullmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.


Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata beliau membuat ramalam itu kerana PRS sudah diarahkan bersiap sedia menghadapi PRN-12 selepas memenangi PRN-11 empat tahun lepas dan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya ditambah pembangkang PH yang masih dalam keadaan kucar-kacir.

"Mereka (pembangkang) masih belum mahu bersama, inilah masa terbaik menghadapi mereka. Bila mereka kembali bersatu kita akan menghadapi lawan lebih kuat,"katanya.

Sehubungan itu, berharap PRN-12 akan diadakan tahun ini bagi memberikan pilihan kepada rakyat Sarawak samada mereka masih mahukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai kerajaan negeri atau pembangkang yang kebetulannya sedang kucar kaci di tahun keempat ini.

Sementara itu mengenai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dirancang tubuhkan PH di kampung dan rumah panjang ketika menjadi kerajaan pusat sebelum ini, Masing berkata pihaknya mengalukan pembatalan rancangan terbabit dengan tertubuhnya kerajaan pusat baharu bagi mengantikan PH.

"Sudah hilang itu (MPKK), sudah tentu ini baik kepada kami semua kami di Sarawak kerana MPKK tiada kebaikkannya dan hanya memecah-belahkan rumah panjang dan kampung,"katanya dan bersyukur kerana perpecahan tidak berlaku.


keterangan gambar:
1. Tan Sri James Masing ( dua dari kanan) menyampaikan geran MRP Fasa 1 DUN Baleh kepada wakil salah satu dari 35 organisasi yang menerimanya di Bangunan Baitullmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.
LihatTutupKomentar
Cancel