Peluang Muhyiddin Kotakan Janji
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan adalah peluang untuknya mengotakan janji dan membuktikan segala dakwaan negatif terhadapnya sebelum ini.
Keprihatinan Muhyiddin terhadap mangsa banjir dan orang miskin dijangka antara tumpuan awal beliau sebagai Perdana Menteri
Kuasa sudah ada ditangan, tidak ada yang boleh menghalangnya lagi.
Harapan baru rakyat agar Muhyiddin mampu membina dan membangunkan semula negara, memulihkan semula nama baik negara, menyelesaikan masalah rakyat khususnya masalah ekonomi dan kos sara hidup.
Sejarah menyaksikan ketika Muhyiddin mengetuai Majlis Keselamatan Negara, kerajaan mendermakan RM800 juta kepada mangsa banjir Kelantan dan Terengganu tetapi duit itu dikatakan tidak sampai kepada semua mangsa.
Dikhabarkan Muhyiddin marah dan bertanya apa berlaku, kejadian itu antara penyumbang kenapa beliau dipecat, bukan semata-mata kerana beliau bertanya mengenai 1MDB.
Ketika Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor, banyak masalah berlaku.
Antaranya ketika itu kemelut didedahkan sehingga wujudnya kem-kem merekrut pengganas agama di UTM dahulu.
Walaupun dinafikan oleh kerajaan ketika itu tapi tindakan Polis Indonesia menembak mati dua orang pensyarah UTM iaitu Profesor Madya Azhari Husin dan Nordin Mat Top ( yang menjadi peneraju Jemaah Islamiah ketika kes itu didedahkan tahun 2001) mengesahkan kerajaan telah diberikan laporan palsu dan wujudnya kakitangan kerajaan yang menjadi dalang pengkhianat dan musuh negara.
Oleh kerana keprihatinan beliau terhadap isu ini menyumbang kepada "penyingkiran" beliau daripada Kerajaan Johor.
Kini beliau dan Perikatan Nasional kembali boleh menyumbang bukan sahaja kepada Johor malah seluruh negara.
Dahulu beliau dikenali kerana mementimgkan dan mengutamakan prinsip ZERO DEFECT dalam organisasi atau pentadbiran negara.
Diharapkan ini menjadi antara teras pentadbiran beliau.
Untuk ke arah zero defect, maka mestilah dikenal pasti dulu apa defect nya yang ada. Kemudian baru dibetulkan atau dibuang.
Contoh-contoh defect yang ditinggalkan oleh KERAJAAN LAMA PH ada banyak sebagai contoh salahguna kuasa dalam perundangan hanya kes tertentu didakwa malah terdapat kes besar seperti rasuah dalam projek terowong di Pulau Pinang digugurkan, begitu juga dengan kes tahanan militan LTTE yang digugurkan baru-baru ini.
Kos masa dan wang rakyat di mahkamah dibazirkan dengan memberi tumpuan kepada kes remeh seperti penyebaran berita palsu dan menimbulkan kebimbangan awam.
Untuk melaksanakan Zero Defect ini, harapan rakyat adalah Muhyiddin perlu bijak memilih barisan kabinet yang bukan pengkhianat negara, pembelot, penghasut, bekas penjenayah, musuh kepada YDPA dan Institusi Raja-raja Melayu, musuh kepada negara, penjenayah atau bekas penjenayah, yang dibicara pun masih belum dibuktikan bersalah.
Juga jangan melantik personaliti atau peribadi yang dilihat buruk atau negatif, misalnya orang yang jelas kata boleh dan halalkan liwat, mengaku menolak Islam dalam pemerintahan, mengaku dan menghasut supaya mengasingkan politik (pemerintahan) dengan agama Islam.
Tetapi lantik mengikut apa yang dinasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu lantik orang yang bersih dan nampak bersih
Ini kerana setiap keputusan dan pemilihan beliau mencerminkan keikhlasan beliau mengepalai negara dengan amanah, berintegriti dan berwibawa bersama rakan politik beliau daripada UMNO dan PAS.
Banyak yang lepas sejarah perjalanan politik Muhyiddin yang boleh dikongsikan.
Tetapi menurut pembelajaran Melayu, barang yang lepas jangan dikenang.
Jika dikenang juga ada garis panduannya iaitu yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.
Maka adalah lebih bermanfaat jika difokuskan sekarang bagaimana Muhyiddin boleh memulakan membetulkan membina memulihkan menaikkan semula negara.
*