Tilam terbakar, pijat keluar
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
Orang Melayu mencipta satu peribahasa baru bagi merujuk kepada perlakuan orang-orang tertentu susulan kemelut politik perlantikan Perdana Menteri ke lapan.
Klimaks kemelut apabila Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke lapan.
Peribahasa ini berbunyi BAGAI TILAM TERBAKAR PIJAT KELUAR.
Ia sesuai situasi semasa dimana terdapat pihak-pihak yang serba tidak kena duduknya, penuh amarah dan kepanasan diibaratkan umpama pijat yang menumpang duduk bersembunyi di celah-celah tilam bantal dan kelambu.
Mereka menghisap darah kita secara diam-diam tetapi rakus tanpa kita sedari.
Selalunya kita tahu ada pijat-pijat ini kerana merasa kesan gigitannya tetapi dicari sepintas lalu tidak jumpa.
Dicari dengan teliti barulah jumpa dan dipicit dibunuh.
Sebab itu apabila tilam kena bakar baru tahu dan nampak pijat-pijat yang mana lintang pukang lari hendak selamatkan diri.
Sekarang baru nampak pijat-pijat politik yang selama ini menumpang menyorok kat tilam negara kita tempat kita hidup dan tidur.
Malah musang berbulu ayam juga sudah nampak musangnya.
Selama ini mereka diam-diam menyedut kekayaan negara dan berselindung kononnya negara telah miskin hampir bankrap bagi menipu menghalalkan tindakan mereka menjarah kekayaan rakyat dan negara.
Namun terbongkar setelah tilam nereka terbakar apabila Ketua Pijat sendiri mendedahkan bahawa negara mempunyai RM2 Trilion (dua trilion atau dua ribu bilion ringgit tunai).
Enak-enak diam-diam mereka menghisap darah kita, menghisap keselesaan hidup kita, menghisap kekayaan negara kita.
Apabila kita bakar tilam tempat mereka bersembunyi ini barulah nampak keluar semua pijat-pijat politik penghisap darah ini kepanasan.
Mereka ini jelas boleh dilihat secara tersurat dan tersirat, pada beberapa kejadian yang berlaku mutakhir ini.
Bahkan mereka semua lupa Rukun Negara yang diajar di sekolah vernakular tentang Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Mereka semua kepanasan terutamanya selepas dicabar bahawa kita ada cara untuk tahu siapa pengkhianat YDPA dan siapa Ahli Parlimen yang sudah dibeli.
Dan mereka menipu dan cuba berbohong kepada DYMM YDPA.
Suasana politik semakin panas setelah TSMY mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Alhamdulillah YDPA turut menyedarinya dan menolak untuk berjumpa, melayan ketua pijat-pijat ini.
Antara senarai pijat yang kepanasan adalah :
1. U-turn. Sokongan mereka boleh berubah selepas beberapa jam, kalau sikap begini untuk melaksanakan sebarang keputusan kritikal negara mahu boleh hancur. Beza dengan prinsip YDP Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu tidak goyah walau sesaat, hari ini pijat-pijat tidak dibenarkan jumpa dah selepas seminggu keluar masuk Istana seluas-luasnya.
2. Tindakan 'libang libu' Tun, PKR, PAN, DAP hilang panduan tak tentu arah akibat kepanasan? Awal-awal serah keputusan kepada YDPA, apabila YDPA berkenan memutuskan bising pula.
3. Ahli-ahli Parlimen yang sekejap sokong Anwar, sekejap sokong Tun M, sekejap sokong TSMY pula, siapa boleh jangka esok berubah pula sokongan.
4. Bekas menteri-menteri jumpa Tun (seperti gambar disiarkan BH) termasuk Syed Saddiq yang muda pun masih cuba menaikkan Tun kembali jadi PM? Sudah penuh asap agaknya tak nampak ke Tun memang pun PM (walau interim)?
5. Tian Chua dipukul dipercayai oleh penyokong PKR, adakah kerana mereka anggap Tian Chua antara yang bakar tilam mereka?
6. Peguam PH, hak asasi, menghasut menghina Agong sejak 2018 dan kini mendakwa demonstasi sudah mati hanya kerana tilam mereka sudah tiada?
7. Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan sebelum habis tempoh Jun ini, adakah takut ditangkap dipicit mati setelah kehilangan tilam tempat menyorok lagi?
8. Ramai yang menyalahkan Najib kononnya Najib penyebab tilam mereka terbakar? Sekejap kata salah Najib, sekejap salah Azmin, sekejap salah Anwar, sekarang Mahyuddin pula. Wujud kecelaruan dalam tindakan menyalahkan siapa bakar tilam.
9. Pengawal peribadi bertindak kasar terhadap media, adakah kerana media melaporkan kegagalannya untuk menjadi pm, kegagalannya untuk duduk di tilam empuk yang telah terbakar?
10. Ramai yang menipu mengenai bilangan sokongan Ahli Parlimen kepada seseorang, adakah dengan harapan dapat memiliki tilam baru (tukar tilam lama)?
11. Antara pijat lain yang kepanasan adalah Mahfuz yang fitnah Perikatan Nasional putar belit tipu rakyat. Buat undi percaya bukan untuk memastikan Tun kekal jawatan PM sampai habis penggal tetapi nak tengok MP sokong atau tidak tun. Sama la macam undi tak percaya. Percaya ke tak percaya ke?
Moralnya, jauhkan dan larikan diri anda dari pijat-pijat ini. Nanti habis darah anda disedutnya.
Menerusi laporan media terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak dapat menjelaskan kepada YDP bahawa baginda tersilap kerana lantik Mahyuddin yang didakwanya tidak memperoleh majoriti sokongan.
Soalan kepada Tun, adakah senarai 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Tun itu betul, benar, sahih atau palsu?
Empat orang daripadanya sudah diketahui palsu kerana menafikan sokongan terhadap Tun secara akuan sumpah, maka tinggal 110.
Dan ia bukan majoriti, jadi cukuplah Tun jangan jadi burung kakak tua kepada tuan dibelakang tu.
Mengikut nasihat mereka akan menjerat Tun, memadamkan semua yang Tun sudah lakukan selama ini.
Bagaimanapun penulis ingin bertanya, adakah ini antara BUANG TEBIAT TUN?
P/S. Sila baca artikel saya sebelum ini, BUANG TABIAT AHLI BOMBA yang mati lemas tujuh orang dulu. Lapan termasuk Mat juga mati. Semua sembilan orang dah mati situ.
Penulis adalah penerima Ahli Mangku Negara oleh YDPA, Tokoh Wartawan Rakyat oleh Sultan Pahang dan Anugerah Kajai 2014 oleh MPI.