Pemandu palau pengsan kemalangan kendiri
SARIKEI: Satu kemalangan jalan raya melibatkan seorang pemandu lelaki berusia lingkungan 30 tahun awal pagi tengah malam semalam.
Kejadian berlaku selepas simpang empat lampu isyarat Jalan Masjid Lama menuju ke jambatan Kampung Seberang Sarikei.
Dipercayai pemandu lelaki tersebut hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu jalan semasa hendak menuju ke Kampung Seberang Sarikei.
Pemandu mengalami luka parah di bahagian kaki kanan dan semasa ditemui orang ramai pemandu tersebut tidak sedarkan diri.
Kejadian berlaku pada jam 1.17 awal pagi semalam tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk di hadapan kereta viva tersebut. Impak perlanggaran dengan tiang lampu tersebut menyebabkan letupan kecil pada tiang lampu dan mengejutkan penduduk sekitar yang berhampiran.
Pihak paramedik ambulan membuat rawatan susulan sebaik sampai di tempat kejadian dan mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Kes masih dalam siasatan