Pembayaran Bantuan Khas RM500 Mei ini

KUCHING : Penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sarawak akan menerima Pembayaran Bantuan Khas sebanyak RM500 pada Mei ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion berkata, pembayaran itu sepatutnya dilakukan pada bulan Jun berdasarkan pengumuman yang telah dibuat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebelum ini.

"Pembayaran itu diawalkan sebulan membabitkan 126,000 penjawat awam yang bertugas di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abang Johari mengumumkan bantuan khas itu Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tahun lalu.
LihatTutupKomentar
Cancel