Khidmat khas Bomba bantu angkat mayat warga India
KUCHING: Pihak Bomba melakukan khidmat khas membantu mengangkat mayat warga India yang dilaporkan hilang Jumaat lalu di Tong Hing Shipping, Bintawa, di sini tengah hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.51 tengah hari.
"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Tabuan Jaya telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu.
"Memandangkan air surut dan tiada akses bagi menurunkan bot, pihak Bomba terpaksa menurunkan Bot melalui barrage di Marina Bay," katanya di sini hari ini.
Katanya, mayat tersebut berada di dalam air iaitu jarak dari Marina Bay adalah 10 kilometer.
"Pihak Bomba telah mengangkat mayat tersebut dan dibawa ke jeti Jabatan Laut.
"Mayat tersebut telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.