Pembunuh kelaparan dicekup

BETONG: Suspek kes bunuh abang kandung di sebuah ladang sawit Daerah Pusa tiga hari lalu ditangkap pagi tadi.

Suspek yang juga warga negara asing diburu polis sebelum ini melarikan diri ke hutan berhampiran selepas dipercayai membunuh abang kandung.

Suspek ditangkap ketika sedang merayau-rayau mencari makanan kerana kelaparan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Betong ASP Marcel Irenus Mustari berkata, suspek ditangkap di kawasan Jalan Pusa sewaktu membuat rondaan dan memburu suspek.

"Waktu itu suspek merayau-rayau kelaparan mencari makanan. Tangkapan dibuat di Jalan Kampung Pusa," katanya.

Semalam polis menjalankan operasi memburu lelaki berkenaan selepas bertindak membunuh abang kandungnya di rumah pekerja di sebuah ladang kelapa sawit Daerah Pusa.

Polis turut memperketatkan semua laluan keluar masuk dari daerah Betong dalam usaha mengekang suspek daaripada melarikan diri.
LihatTutupKomentar
Cancel