Stadium tertutup pusat kuarantin di Limbang, Lawas

LIMBANG: Jabatan Kesihatan Bahagian Limbang membuka tiga pusat kuarantin iaitu di Stadium Tertutup Limbang, Asrama Dewan Suarah Limbang dan Stadium Tertutup Lawas.

Pusat berkenaan menempat 19 pesakit COVID-19 atau mereka yang dalam siasatan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, pusat kuarantin ini menempatkan pesakit-pesakit di bawah Persons Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) di Limbang.

“Kesemua mereka ini merupakan daripada kluster Seri Petaling yang bermula selepas 28 orang tabligh dari Limbang dan 6 orang dari Lawas menghadiri ijtimak di Masjid Seri Petaling,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Hospital Limbang dan Pusat Kuarantin di Hospital Limbang, Stadium Tertutup Limbang dan Asrama Dewan Suarah Limbang.

Menurutnya, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Daerah Limbang adalah sangat baik dalam 92 peratus.

Beliau sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan masyarakat di Daerah Limbang ini di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan sejak mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.
LihatTutupKomentar
Cancel